fb fb fb fb fb

Tarikh pilihan raya umum Turkiye kekal

FOTO AFP

ISTANBUL, 18 Februari- Parti Keadilan dan Pembangunan yang memerintah Turkiye tidak membincangkan mengenai penangguhan pilihan raya umum.

Dua tarikh pilihan raya yang ditetapkan sebelum ini kekal tidak berubah.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mahu pengundian dijalankan pada 14 Mei manakala beberapa ahli parti mahukan ia dibuat pada 18 Jun.

Setakat ini, belum ada keputusan untuk menukar tarikh pilihan raya parlimen dan presiden.

Minggu lepas, ketua parti pembangkang, Meral Aksener berkata pilihan raya mungkin ditangguhkan dari 14 Mei kepada 18 Jun ekoran gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye.

Pembangkang menggesa parti pemerintah supaya tidak menjadikan bencana itu sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya.

Pada Khamis, stesen penyiar Haberturk melaporkan bahawa pilihan raya umum di negara itu boleh ditangguhkan untuk tempoh enam bulan hingga setahun.

Majlis pilihan raya dijangka membenarkan penangguhan itu atas permintaan parti pemerintah.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu