fb fb fb fb fb

69 etnik Rohingya selamat mendarat di Indonesia

FOTO AFP

ACEH, 18 Februari- Satu lagi bot yang membawa kira-kira 69 etnik Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, mendarat di wilayah Aceh, Indonesia,

Ia merupakan bot keenam yang membawa etnik Rohingya, mendarat di Indonesia sejak November tahun lalu.

Kumpulan pelarian Rohingya ini tiba dari Bangladesh dengan kebanyakannya ditemui dalam keletihan.

Ia susulan ratusan etnik Rohingya kini terpaksa melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh.

Ratusan umat Islam Rohingya tiba di Aceh sejak beberapa bulan lalu, walaupun ramai dilaporkan terkorban di laut akibat kelaparan dan keletihan.

Jurucakap Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tidak mengesahkan perkembangan tersebut.


(FOTO AFP)

Pada November dan Disember tahun lalu, lima buah kapal yang membawa hampir 700 pelarian Rohingya mendarat di Indonesia.

Menurut UNHCR, tahun 2022 menyaksikan jumlah korban paling ramai kumpulan etnik minoriti beragama Islam yang teraniaya di Myanmar.

Sejak beberapa tahun lalu, ramai etnik Rohingya cuba melarikan diri ke Thailand dan Bangladesh, selain ke Malaysia dan Indonesia.

Tahun lalu sahaja, kira-kira 2,400 Rohingya melakukan perjalanan laut ke negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia.

Ia susulan ratusan ribu melarikan diri daripada tindakan keganasan tentera Myanmar sejak 2017.

Kini, hampir sejuta etnik Rohingya tinggal dalam keadaan bersesak-sesak di kem pelarian di Bangladesh.-AFP

Media Baharu