fb fb fb fb fb

Angka korban lebih besar jika gempa bumi berlaku di Istanbul - Penyelidik

(FOTO FAIL AFP)

ISTANBUL, 17 Februari - Gempa bumi yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di Turkiye telah mencetuskan semula kebimbangan angka kematian yang lebih dahsyat jika gempa melanda Istanbul.

Ahli seismologi memberi amaran bahawa gempa bumi besar berkemungkinan melanda bandar terbesar di Turkiye itu.

Istanbul secara rasmi menempatkan 16 juta penduduk tetapi dianggarkan akan menampung sehingga 20 juta orang menjelang 2030.

(FOTO FAIL AFP)

Bandar itu terletak di pinggir utara salah satu garisan gempa utama Turkiye dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Gempa bumi dengan 7.6 magnitud dengan pusat gempa di pinggir timur bandar itu mengorbankan lebih 17,000 orang pada tahun 1999.

Bilangan penduduk Istanbul telah meningkat dua kali ganda sejak itu.

Penyelidik bandar, Murat Guney berkata kematian beramai-ramai boleh dielakkan jika kerajaan mempunyai kemahuan untuk memindahkan penduduk dari bangunan usang di bandar itu.

Tambahnya, gempa bumi besar sehingga 7.5 magnitud dijangka berlaku di Istanbul.

Gempa bumi seperti itu boleh menyebabkan kematian ratusan ribu penduduk manakala anggaran jumlah bangunan yang akan runtuh sama sekali atau rosak teruk antara 50,000 hingga 200,000 ribu.-AFP

Media Baharu