fb fb fb fb fb

Dua enjin sekunder gagal berfungsi, roket H3 gagal dilancarkan

FOTO AFP

TANEGASHIMA, 18 Februari- Roket H3 milik Jepun tidak berjaya dilancarkan kerana dua enjin sekunder gagal berfungsi.

Ketika pelancaran, enjin utama H3 terputus selepas kira detik pelancarannya.

Roket setinggi 57 meter itu kekal di tapak pelancarannya di pengkalan angkasa Tanegashima.

Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) berkata sebab kegagalan itu masih dalam siasatan.

Jepun membina roket H3 untuk meningkatkan akses ke angkasa lepas.

Ia juga meningkatkan peluang lebih besar dalam pasaran pelancaran global daripada pesaing, termasuk SpaceX milik Elon Musk.

H3 direka untuk menempatkan satelit komersil milik kerajaan dan swasta ke orbit.

Roket itu juga akan membawa bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu