TEBING BARAT, 18 Februari- Israel terus meroboh rumah penduduk Palestin.
Semalam, tentera Zionis bertindak kejam apabila merobohkan rumah penduduk di Tebing Barat.
Kediaman seorang warga Palestin, Mohammad al-Jaabari, di Hebron dirobohkan tentera Israel kerana dia melancarkan serangan pada tahun lalu.
Pada Oktober 2022, Mohammad Jaabari melepaskan tembakan ke arah pendatang haram Israel berhampiran penempatan Kiryat Arba di Tebing Barat.
Seorang pendatang haram Israel terbunuh manakala empat lagi cedera.
Kira-kira 475,000 peneroka haram Yahudi kini tinggal di Tebing Barat.
(FOTO AFP)
Rejim Israel telah menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari pada tahun 1967.
Penempatan Israel dibina melanggar undang-undang antarabangsa yang diklasifikasikan sebagai jenayah perang.
Namun tidak pernah dikenakan sebarang tindakan
Masyarakat antarabangsa kini terus bersimpati dengan nasib kira-kira 2.8 juta rakyat Palestin di Tebing Barat.
Hujung bulan lepas, pasukan keselamatan Israel menutup pintu kem pelarian Shuafat menyebabkan kehidupan 60,000 penduduk Palestin terjejas.-REUTERS