fb fb fb fb fb

UAE sumbang peralatan khas, mudahkan urusan cari mangsa runtuhan di Syria

FOTO REUTERS

LATAKIA, 18 Februari- Anggota pasukan Pertahanan Awam Syria menerima latihan penggunaan peralatan daripada anggota tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi tujuan penyelamatan.

Ia bertujuan bagi memudahkan kerja anggota SAR mencari mangsa yang berada di bawah runtuhan.

Peralatan baharu yang didermakan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat UAE (USAR) diharap dapat membantu anggota pasukan Pertahanan Awam Syria bertindak lebih baik selepas berlaku gempa bumi.

Latihan itu membolehkan anggota berupaya bertindak selepas runtuhan bangunan tinggi.

Ia juga bagi menstabilkan bangunan yang rosak dan pencarian di bawah runtuhan.

Jutaan rakyat Syria kini memerlukan bantuan kemanusiaan.

Kebanyakan mereka yang terselamat kehilangan tempat tinggal dan berada dalam suhu musim sejuk yang hampir membeku.

UAE kini fokus dalam memberi sokongan terhadap mangsa yang terselamat dengan menghantar bantuan makanan, perubatan dan khemah ke kawasan dilanda gempa.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu