BAITULMAQDIS, 16 Oktober -Tarikh pembukaan pintu masuk Rafah antara Gaza dan Mesir akan diumumkan pada peringkat seterusnya, iaitu selepas Mesir dan Israel melengkapkan persiapan yang diperlukan.
Rejim Israel pada Khamis menegaskan, bahawa bantuan kemanusiaan tidak akan disalurkan melalui laluan tersebut, merujuk pintu masuk yang dibuka ketika ini.
Dalam satu kenyataan, Badan Penyelarasan Aktiviti Kerajaan di Palestin (COGAT), iaitu agensi Kementerian Pertahanan Israel yang menguruskan hal ehwal awam di wilayah Palestin menyatakan bahawa pembukaan pintu masuk itu hanya melibatkan pergerakan individu.
"Tarikh pembukaan pintu masuk Rafah bagi pergerakan individu sahaja akan diumumkan pada peringkat seterusnya, setelah pihak Israel bersama pihak Mesir melengkapkan persiapan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.
"Perlu ditekankan bahawa bantuan kemanusiaan tidak akan disalurkan melalui pintu masuk Rafah. Perkara ini tidak pernah dipersetujui pada mana-mana peringkat,” menurut COGAT.
Bagimanapun, bantuan ke Gaza tetap diteruskan menerusi laluan masuk lain yang telah ditetapkan. -AFP