fb fb fb fb fb

Lukisan Renoir lebih 100 tahun akan dilelong di Paris

Foto REUTERS

PARIS, 16 Oktober -Sebuah lukisan karya pelukis legenda Perancis, Pierre-Auguste Renoir, yang tidak pernah dipertontonkan kepada umum sejak lebih 100 tahun lalu, akan dilelong di Paris dengan jangkaan harga jualan sekurang-kurangnya satu juta euro (kira-kira RM5.2 juta).

Lukisan bertajuk “Kanak-kanak dengan Mainan – Gabrielle dan Anak Pelukis, Jean” itu dilukis sebelum tahun 1910 dan diberikan oleh Renoir kepada Jeanne Baudot, pelajar tunggal serta rakan rapatnya.

Lukisan tersebut telah kekal dalam keluarga Baudot sehingga kini.

Pascal Perrin, seorang perunding seni dan pakar karya Renoir, memuji keadaan lukisan itu sebagai “luar biasa” dan mengekalkan warna asalnya dengan sempurna.

Lukisan bersejarah ini akan dilelong oleh rumah lelongan Drouot di Paris pada 25 November ini. - REUTERS

TETITIA YUSOFF