fb fb fb fb fb

Tanah runtuh Uganda: Enam mayat termasuk bayi ditemukan

Foto Uganda Red Cross Society

KAMPALA, 28 November- Sekurang-kurangnya 30 orang dikhuatiri maut selepas kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di timur Uganda.

Menurut Pesuruhjaya Daerah Bulambuli, Faheera Mpalanyi, enam mayat, termasuk seorang bayi telah ditemukan setakat ini.

"Kejadian berlaku di Kampung Masugu. Kami kehilangan kira-kira 30 orang.

"Berdasarkan maklumat diterima, mereka (mangsa) yang hilang berkemungkinan tertimbus di bawah runtuhan," katanya kepada AFP.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri Uganda melaporkan bahawa 20 rumah dikhuatiri dihanyutkan banjir.

Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan anak Sungai Nil melimpah sehingga menyebabkan banjir. - AFP

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM