NEW DELHI, 28 November- Kemarahan penduduk tempatan memuncak apabila jerebu yang melanda New Delhi hari ini mencatatkan indeks kualiti udara (AQI) pada tahap berbahaya.
Menurut laporan kumpulan Swiss IQAir, dengan bacaan AQI mencecah 476, jauh melebihi paras 400 yang dikategorikan teruk oleh pihak berkuasa India; keadaan itu mencetuskan kebimbangan besar.
Seorang penduduk tempatan, Sohan, meluahkan kekecewaannya terhadap kegagalan kerajaan menangani isu tersebut.
"Rasanya seperti kami hidup dalam bilik gas," katanya dengan nada kecewa kepada REUTERS.
Kerajaan India pada 22 November lalu telah mengumumkan pelan untuk membendung pembakaran sisa tanaman di ladang luar bandar, salah satu penyumbang utama kepada jerebu tahunan ini.
Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Udara India turut menyatakan bahawa Agensi Angkasa Negara telah diarahkan membangunkan sistem pemantauan kawasan terbakar yang dapat membantu mengesan kebakaran ladang dengan lebih tepat.– REUTERS