BEIRUT, 28 November- Parlimen Lubnan dijadual bersidang pada 9 Januari untuk memilih presiden baharu, dalam usaha mengakhiri lebih dua tahun kekosongan jawatan ketua negara, lapor media rasmi pada Khamis, sehari selepas gencatan senjata antara Israel-Hizbullah bermula.
"Speaker Nabih Berri akan mengadakan Sidang Parlimen untuk memilih presiden republik pada 9 Januari," menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA).
Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati, menyatakan harapan agar gencatan senjata tersebut membuka lembaran baharu untuk negara itu.
"Semoga hari-hari mendatang membawa kepada pemilihan seorang presiden," katanya.
Lubnan tidak mempunyai presiden sejak tamatnya tempoh Michel Aoun pada Oktober 2022 selepas Hizbullah dan pihak lawannya gagal memperoleh majoriti diperlukan, selain tidak mencapai kata sepakat. – AFP