fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Lebih 30 orang tertimbus di wilayah Sichuan

Foto hiasan/ REUTERS

CHINA, 9 Februari- Lebih 30 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Sichuan, barat daya China pagi semalam yang berpunca daripada hujan lebat di kawasan itu.

Kejadian tersebut berlaku di perkampungan Jinping, bandar Yibin, kira-kira puku 11.50 pagi waktu tempatan.

Penyiar tempatan, China Central Television (CCTV) melaporkan kajian awal mendapati insiden itu berlaku disebabkan hujan berterusan serta faktor geologi.

Dua mangsa berjaya diselamatkan, manakala 29 lagi masih hilang.

"Jumlah akhir masih belum dapat dipastikan", lapor CCTV hari ini.

Presiden China, Xi Jinping, telah mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan segala yang mungkin bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang, mengurangkan jumlah korban serta menguruskan kesan selepas bencana dengan baik.

China dilanda cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan puluhan orang terbunuh dalam kejadian banjir tahun lalu serta merupakan tahun paling panas dalam rekod.

Para saintis berkata perubahan iklim menyebabkan kejadian cuaca ekstrem menjadi lebih kerap.-AFP

ROSLINA BINTI DIN