fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Enam orang terkorban di Georgia

Foto Fail

TBILISI, 8 Februari- Jumlah mangsa insiden tanah runtuh di Georgia meningkat kepada enam orang.

Perkhidmatan Situasi Kecemasan Georgia menerusi kenyataan berkata operasi mengesan tiga lagi mangsa hilang masih giat dijalankan.

Presiden Georgia, Salome Zurabishvili merakamkan ucapan takziah atas kehilangan nyawa dalam bencana alam itu.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang hilang segera ditemukan," kata Zurabishvili.

Kejadian berkenaan menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Negara berpunca daripada hujan lebat yang berlaku selama beberapa hari di kawasan tersebut.

Terdahulu, empat orang disahkan terbunuh dalam insiden tanah runtuh di Kampung Nergeti itu.

Ogos lalu, tanah runtuh di sebuah bandar peranginan di barat laut Georgia mengorbankan 26 orang.

Pada 2008, enam orang maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah selatan Laut Hitam Adjara. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM