SEPANYOL, 8 Februari- Sepanyol bulan lalu mengalami cuaca paling panas sejak 1961.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AEMET, suhu berkenaan menghampiri 30 darjah Celsius di beberapa wilayah.
"Secara purata suhu di Sepanyol pada Januari tahun ini ialah 8.4 darjah Celsius, 2.4 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata untuk tempoh itu dan 0.4 darjah Celsius melebihi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada 2016," menurut kenyataan tersebut.
Kerajaan wilayah Catalonia minggu lalu mengisytiharkan darurat kemarau bagi bandar kedua Sepanyol, Barcelona dan sebahagian besar wilayah sekitarnya.
Selain itu, kawalan penggunaan air turut dikuatkuasakan di wilayah Catalonia berikutan taburan hujan yang rendah sejak tiga lalu.
Wilayah Andalusia turut bergelut dengan kemarau yang teruk.
Andalusia dan Catalonia adalah dua wilayah paling ramai di Sepanyol.
Kedua-dua wilayah berkenaan bersedia untuk mengimport air sekiranya diperlukan. - AFP