BEIRUT, 8 Februari- Tujuh orang awam antara 11 yang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Homs, tengah Syria, Rabu lalu.
Menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria, mereka yang terkorban termasuk dua ahli kumpulan Hizbullah.
"Israel melakukan pengeboman ke atas sebuah bangunan di kejiranan Hamra di Homs.
"Serangan berkenaan menghancurkan bangunan tersebut," menurut kenyataan itu.
Empat pelajar, seorang wanita bersama-sama anak lelakinya antara yang maut dalam insiden terbabit.
Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas Syria sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011.- AFP