VIETNAM, 13 Julai- Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak lelaki selepas van dinaiki mereka tertimbus oleh tanah runtuh, pagi tadi.
Dalam kejadian di Vietnam itu, ia turut menyebabkan enam lagi mangsa mengalami kecederaan.
Menurut media tempatan, ketika kejadian, van membawa kesemua mangsa tersebut sedang melalui daerah Bac Me di wilayah Ha Giang.
Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa daripada tiga kenderaan berasingan sedang giat dilaksana.
Wilayah Ha Giang antara tempat pelancongan popular di Vietnam.
Musim hujan dari bulan Jun hingga November seringkali menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Vietnam.
Terdahulu, tiga orang terbunuh dalam kejadian banjir besar di wilayah Ha Giang.
Tahun lalu, bencana alam menyebabkan 169 orang maut dan hilang di negara Asia Tenggara itu. - AFP