fb fb fb fb fb

Israel terus serang Palestin, puluhan lagi terbunuh

Foto REUTERS

PALESTIN, 13 Julai- Pencerobohan tanpa henti tentera Israel di Palestin menyebabkan puluhan mayat ditemukan bergelimpangan di jalan raya dan di bawah runtuhan rumah yang dirobohkan.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mahmoud Basal berkata mayat berkenaan ditemukan selepas Israel memusnahkan ratusan kediaman di kejiranan Tel al-Hawa dan kawasan perindustrian di Palestin.

Sumber perubatan Palestin turut menemukan mayat lima rakyat Palestin dari dalam sebuah hospital selepas pengunduran Israel dari kawasan itu.

Terdahulu, Israel mengisytiharkan permulaan operasi darat di Palestin, termasuk menyasarkan ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Penjajah berkenaan telah membunuh lebih 38,000 rakyat Palestin sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu.

Konflik berkenaan turut menyebabkan kebanyakan orang awam kehilangan tempat tinggal dan berisiko mengalami kebuluran. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM