fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: 12 mayat ditemukan di Cameroon

Foto X The Cameroonian

YAOUNDÉ, 10 November- Pasukan penyelamat menemukan 12 mayat semalam berikutan tanah runtuh di barat Cameroon, baru-baru ini.

Gabenor wilayah Ouest, Augustine Awa Fonka berkata tiada lagi harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup.

"Puluhan orang masih hilang, dan usaha mencari mayat masih diteruskan," katanya kepada stesen televisyen CRTV.

Pada Selasa lalu, dua kejadian tanah runtuh melanda Dschang, dengan kejadian kedua berlaku ketika pekerja kecemasan sedang membersihkan jalan.

Mangsa yang terlibat termasuk daripada tiga bas dan beberapa motosikal.

Jalan-jalan di Cameroon terkenal dengan risiko bahaya, dengan hampir 3,000 kematian setiap tahun akibat kemalangan, atau lebih 10 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan pada 2023.

Pada awal September, sebuah treler yang membawa penumpang terjatuh dari jalan tebing ke dalam gaung berhampiran bandar Dschang, mengakibatkan lapan orang terbunuh dan 62 orang lagi cedera, termasuk lapan kanak-kanak. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM