Minat membaca kekal istimewa dalam jiwa masyarakat – PM

FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 29 Mei Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai sambutan luar biasa rakyat terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, yang bermula hari ini sehingga 7 Jun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Minat membaca kekal istimewa dalam jiwa masyarakat sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.
  • Ilmu harus dicari untuk nikmat menuntut ilmu, bukan semata peperiksaan, pengiktirafan atau kedudukan.
  • Cabaran kini memilih ilmu bermutu; mari bina generasi yang cintakan pembacaan, luas ilmu dan teguh nilai kemanusiaan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pendidik, mahasiswa dan kanak-kanak memberi isyarat jelas bahawa budaya membaca serta menimba ilmu masih mempunyai tempat yang istimewa dalam jiwa masyarakat.

“Sering saya tegaskan bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak seharusnya lahir kerana peperiksaan, pengiktirafan atau janji untuk kedudukan semata.

“Kerana yang lebih utama ialah tercetusnya rasa nikmat dalam menuntut ilmu, atau apa yang disebut oleh para ilmuwan sebagai lazzatul ma’rifah,” katanya.

Jelas Datuk Seri Anwar, cabaran utama masyarakat ketika ini bukan lagi isu kekurangan maklumat sebaliknya bagaimana untuk memilih ilmu yang bermutu dan bermanfaat.

“Mari bersama kita manfaatkan kesempatan ini untuk membina generasi yang cintakan pembacaan, luas pengetahuannya, dan teguh nilai kemanusiaannya, demi sebuah Malaysia yang MADANI, berbudaya dan berperadaban,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.