(Dalam tempoh 24 jam, kebakaran terus meningkat daripada 240 hektar kepada 3,800 hektar/FOTO AFP)
AMERIKA SYARIKAT, 24 Julai - Gelombang panas yang melanda di negara itu ketika ini mula memberikan kesan buruk.
Menurut pegawai kesihatan awam, suhu paling panas dicatat di wilayah tengah dan selatan Amerika dan situasi tersebut menyebabkan kebakaran hutan berhampiran Taman Negara Yosemite.
Media tempatan melaporkan suhu panas di wilayah tersebut dijangka terus meningkat hingga ke paras tertinggi sekali gus mencetuskan kebimbangan.
(Kebakaran hutan California yang tercetus Jumaat lalu telah
memusnahkan beribu-ribu hektar Taman Negara Yosemite/FOTO AFP)
Ketika ini api yang merebak dengan pantas memusnahkan kawasan hutan dalam jangka masa kurang 24 jam.
Bukan itu sahaja, kebakaran turut tertumpu di Mariposa County, memusnahkan 10 kediaman dan merosakkan lima daripadanya, sementara ribuan lagi harta benda diancam bahaya.
Pihak berkuasa tempatan turut memaklumkan situasi tersebut menyebabkan lebih 6,000 penduduk di kawasan terlibat dipindahkan ke tempat selamat. - AFP