fb fb fb fb fb

Sepanyol hantar kapal tentera laut bantu GSF

Antara kapal-kapal Global Sumud Flotilla / AFP

NEW YORK, 25 September - Sepanyol akan menghantar kapal tentera laut bagi membantu Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menghantar bantuan ke Gaza.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Pedro Sanchez.

Beliau menegaskan, tindakan itu diambil susulan penganjur mengatakan bahawa beberapa bot mereka telah menjadi sasaran dron di luar Greece.

"Kami bimbang dan atas sebab itulah kami kerahkan sebuah kapal untuk memastikan, sekiranya perlu, rakyat kami dapat diselamatkan dan dibawa pulang ke Sepanyol," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, sambil memaklumkan kapal tersebut akan berlepas pada Khamis.

Terdahulu, Itali turut mengumumkan bahawa negara itu menghantar sebuah frigat tentera laut untuk membantu kapal GSF. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID