(Ruwani bersama ibunya Farha/FB Elefriends)
ZURICH, 23 Julai– Seekor lagi gajah mati di Zoo Zurich akibat virus Herpes, merupakan kematian ketiga akibat penyakit itu sejak akhir Jun lalu.
Jurucakap zoo berkenaan berkata, Ruwani, seekor gajah berusia lima tahun, mati pada pagi Sabtu selepas akibat Elephant Endotheliotropic Herpesvirus (EEHV), satu keadaan yang dibawa secara laten oleh hampir semua gajah.
Kematiannya menyusuli kematian Omysha, seekor gajah betina berusia lapan tahun yang mati pada 11 Julai lalu, manakala Umesh gajah jantan berusia dua tahun, mati akibat penyakit sama pada akhir bulan Jun.
Ruwani telah diberi ubat antivirus untuk melindunginya dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih, kata zoo itu.
"Kehilangan gajah ketiga akibat virus yang digeruni ini dalam masa yang singkat adalah kehilangan tragis bagi Zoo Zurich," kata pengarah zoo Severin Dressen.
"Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan," tambah Dressen.
(Ruwani, seekor gajah berusia lima tahun, mati pada pagi Sabtu selepas akibat
Elephant Endotheliotropic Herpesvirus (EEHV),satu keadaan yang
dibawa secara laten oleh hampir semua gajah/FB ZOO ZURICH)
"Amat mengecewakan bahawa kami tidak berdaya melawan virus walaupun mendapat penjagaan veterinar terbaik dari hospital haiwan universiti," katanya.
Bersama ibunya Farha dan nenek Ceyla-Himali, Ruwani membentuk salah satu daripada dua kumpulan gajah di Zoo Zurich.
Umesh dan Omysha membentuk kumpulan lain, bersama ibu mereka Indi dan adiknya Chandra.
Zoo itu juga mempunyai seekor gajah jantan yang dipanggil Thai.
Gajah muda yang berumur antara dua dan lapan tahun sangat terdedah kepada virus herpes kerana perlindungan yang diberikan oleh antibodi lemah dan sistem imun mereka sendiri mungkin tidak membentuk antibodi sendiri.-REUTERS
Berita berkaitan
Omysha, gajah kedua maut akibat herpes