fb fb fb fb fb

Raja Sepanyol desak hentikan serangan di Gaza, label Israel sebagai 'keji'

Raja Sepanyol, Raja Felipe VI/ REUTERS

NEW YORK, 24 September - Raja Sepanyol, Raja Felipe VI menyifatkan tindakan Israel ke atas Gaza sebagai 'keji' dan mendesak gencatan senjata segera dilaksanakan.

Baginda bertitah demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu.

"Apabila kita bercakap tentang rakyat Israel, kita bercakap tentang satu bangsa bersaudara. Itulah sebabnya kita merayu, kita mendesak, kita menuntut: hentikan pembunuhan beramai-ramai ini sekarang," titah baginda.

Raja Felipe VI turut mengutuk keras pengeboman yang menyasarkan hospital, sekolah dan tempat perlindungan, sambil menegaskan dunia tidak boleh berdiam diri terhadap kehancuran, kebuluran serta pemindahan paksa ratusan ribu rakyat Palestin.

"Segala kemusnahan ini adalah perbuatan yang keji, bertentangan dengan semangat forum ini. Ia mencemarkan nurani manusia dan memalukan seluruh masyarakat antarabangsa," tegasnya.

Baginda turut menekankan keperluan segera merealisasikan penyelesaian dua wilayah itu dengan mengiktiraf negara Palestin seperti yang dipersetujui banyak negara anggota PBB – termasuk Sepanyol pada Mei lalu – sebagai langkah penting ke arah keamanan serantau yang adil dan muktamad.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI