fb fb fb fb fb

Bandar-bandar utama India dilanda banjir

(Foto REUTERS)

NEW DELHI, 24 Julai- Jalan raya di bandar-bandar utama India kini mula terjejas susulan dinaiki air akibat hujan lebat.

Agensi berita Reuters memaparkan beberapa jalan di bandar Jammu dan Srinagar ditenggelami air menyebabkan aliran trafik menjadi sesak.

Orang ramai terpaksa meredah banjir, terutama di selatan negeri Telangana.

(Foto REUTERS)

Kira-kira 1.3 bilion penduduk India bergantung kepada air hujan untuk meneruskan kehidupan seharian dan aktiviti pertanian.

Namun, musim hujan lebat yang berpanjangan mencetuskan bencana banjir, tanah runtuh dan penyakit bawaan air.--REUTERS

Media Baharu