(Foto AFP)
BRAZIL, 7 September- Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran besar di Taman Negara Brasilia, pada Selasa.
Kebakaran yang tercetus Isnin lalu, telah memusnahkan kira-kira 2,000 hektar kawasan rizab hutan.
Menurut Perkhidmatan Taman Negara, ICMBio, 40 anggota perkhidmatan itu dan Jabatan Bomba Brasilia telah dikerah mengawal kebakaran.
Kebakaran tertumpu di kawasan sekitar 30km dari pejabat presiden di Istana Planalto.
"Keadaan yang teruk, termasuk suhu lebih 30 darjah celsius dan kelembapan yang sangat rendah sekitar 30 peratus telah memburukkan lagi keadaan, kata ICMBio.
Brasilia turut tidak mengalami hujan selama 122 hari.
Pegawai berkata mereka belum mengetahui punca kebakaran itu.
Kebakaran Brasilia berlaku ketika laporan peningkatan yang membimbangkan dalam kebakaran di Amazon Brazil.AFP
(Anggota bomba mengawal kebakaran hutan di Taman Negara Brasilia pada 5 September 2022/AFP)