fb fb fb fb fb

Suspek kedua serangan di Saskatchewan masih bebas

(Foto dikeluarkan oleh Royal Canadian Mounted Police Saskatchewan pada 04 September 2022, menunjukkan
Damien Sanderson dan Myles Sanderson, suspek kes tikaman di wilayah Saskatchewan di Kanada / AFP)

JAMES SMITH CREE NATION, 7 September- Suspek kedua yang disyaki membunuh 11 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 19 yang lain dalam serangan tikaman di wilayah Saskatchewan masih bebas walaupun pemburuan besar-besaran dijalankan pihak polis.

Pemburuan besar-besaran itu merentasi wilayah Prairies, dengan menumpukan Regina, ibu kota wilayah Saskatchewan 300 kilometer (185 batu) ke selatan. Mayat seorang daripada mereka ditemui petang Isnin.

Pencarian kemudiannya berbalik kepada komuniti Orang Asli tersebut pada Selasa selepas polis mengeluarkan mesej kecemasan memberi amaran bahawa penyiasat telah menerima laporan kemungkinan ternampak suspek Myles Sanderson.

Polis dengan kenderaan berperisai memasuki ke penempatan komuniti tersebut, sambil menyeru penduduk kawasan untuk segera mendapatkan perlindungan di tempat selamat.

Sebuah helikopter polis terbang turut berlegar-legar di kawasan tersebut.

Tetapi beberapa jam kemudian perintah brekurung itu telah ditarik balik.

Lewat Isnin, Penolong Pesuruhjaya Polis Persekutuan, Rhonda Blackmore mengumumkan mereka telah menemui mayat seorang suspek, Damien Sanderson, di kawasan berumput berhampiran sebuah rumah yang sedang diperiksa di James Smith Cree Nation.

Manakala, adiknya yang juga dikehendaki kerana melanggar parol pada Mei selepas menjalani sebahagian daripada hukuman kerana menyerang dan merompak disyaki telah membunuh abangnya, katanya. Myles Sanderson berusia 32 tahun berbanding 30 yang dilaporkan sebelum ini.

"Dia mungkin cedera dan mendapatkan rawatan perubatan," tambah Blackmore.

Motif amuk belum diketahui. Tetapi Myles Sanderson mempunyai sejarah keganasan yang membawa kepada hampir 60 sabitan jenayah lampau.

Serangan itu adalah antara yang paling mengerikan dalam sejarah moden Kanada dan polis berkata sesetengah mangsa kelihatan menjadi sasaran, manakala yang lain disyaki serangan rambang.-AFP


(Foto menunjukkan kawasan komuniti Orang Asli James Smith Cree Nation / AFP)

Media Baharu