fb fb fb fb fb

Taiwan tamatkan kuarantin wajib, buka pintu kepada pelancong

(FOTO AFP)

TAIPEI, 30 September - Taiwan akan menamatkan kuarantin wajib COVID-19 bagi semua ketibaan bermula 13 Oktober akan datang.

Jurucakap khas kementerian, Lo Ping Cheng berkata negara itu mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk melawat ke Taiwan.

Tambahnya, pelbagai acara dan tarikan menarik disediakan bagi mengembalikan sektor pelancongan yang terkesan sebelum ini.

(Lo Ping Cheng / FOTO AFP)

"Dalam masa dua minggu, Taiwan akan membuka sepenuhnya pintunya dan mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa. Saya meminta kementerian pengangkutan untuk mencari jalan bagi melancarkan kempen publisiti besar untuk menarik pengunjung dari seluruh dunia untuk datang melancong ke Taiwan.

"Biarkan semua orang datang ke Taiwan yang selamat dan cantik ini untuk merasai suasana dan berbelanja," katanya.

Sebelum ini, warga Taiwan atau warga asing yang tinggal di sana harus melalui proses kuarantin di rumah atau di hotel selama dua minggu.

Sepanjang pandemik, pulau itu telah melaporkan sebanyak 6.3 juta kes domestik akibat varian Omicron yang mudah berjangkit dengan lebih daripada 99 peratus kesnya tidak menunjukkan gejala atau bergejala ringan.-AFP

Media Baharu