fb fb fb fb fb

Inflasi: Ekonomi Indonesia masih terkawal

(Indonesia  mempunyai hutang luar negara yang makin berkurangan iaitu
415 bilion dolar Amerika pada akhir Mei 2022/AFP)


JAKARTA, 29 September- Ekonomi Indonesia masih cukup sihat dan aman, menurut Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani

Katanya, bagaimanapun susulan ekonomi dunia dijangka meleset tahun hadapan, maka ekonomi Indonesia juga mungkin akan terkesan kira-kira tiga peratus.

Sebelum ini Bank Dunia dilapor menyenaraikan beberapa negara akan dilanda kemelesetan pada 2023 disebabkan kadar faedah yang tinggi oleh Bank Pusat.

Menurut Mulyani, langkah itu diambil oleh beberapa negara bagi mengurangkan lonjakan inflasi.

Jelasnya, dasar itu akan menyebabkan perkembangan ekonomi terjejas sekali gus kemelesetan lebih sukar dielakkan.

Indonesia katanya mempunyai hutang luar negara yang makin berkurangan iaitu 415 bilion dolar Amerika pada akhir Mei 2022.

Angka itu menurun sebanyak 4.9 peratus berbanding bulan sebelumnya.-AFP

(Keadaan jalan raya di jakarta ketika waktu puncak/AFP)

 

Media Baharu