fb fb fb fb fb

Kerja pembaikan landasan kereta api rosak akibat banjir di Pakistan giat dijalankan

(FOTO AFP)

LAHORE, 30 September - Kerja-kerja membaiki landasan kereta api yang rosak di Pakistan akibat banjir baru-baru ini giat dijalankan.

Selain menghubungkan kawasan yang terputus, ia juga sebagai permulaan baharu buat rakyat yang bergelut mencari semula sumber pendapatan yang terjejas selama lebih sebulan.

(FOTO AFP)

"Perkhidmatan kereta api telah dihentikan sejak lebih sebulan. Perniagaan kami terhenti. Kami mendengar perkhidmatan kereta api akan disambung semula dalam beberapa hari, dan perniagaan kami juga akan dimulakan semula. Ini satu-satunya sumber pendapatan saya," kata seorang peniga kedai minuman, Mohammad Riaz.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih menunggu air surut dan mengalir sepenuhnya sebelum membenarkan keretapi yang terkandas di depoh untuk beroperasi semula.-AFP

Media Baharu