fb fb fb fb fb

Austria pulangkan kerangka 64 orang asli ke New Zealand

(FOTO AFP)

VIENNA, 30 September - Austria akhirnya bersetuju memulangkan semula 64 kerangka Orang Asli New Zealand yang dicuri pada abad ke-19.

Penghantaran pulang itu dilakukan Ahad ini selepas lebih 70 tahun rundingan dilaksanakan antara kedua-dua negara.

Penghantaran itu diserahkan dalam upacara rasmi di Vienna Selasa lalu.

(FOTO AFP)

Ketua Pengarah dan Pengarah Saintifik, Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Vienna, Katrin Vohland berkata beliau kagum dengan proses penghantaran pulang itu yang didorong dengan keinginan untuk berdamai.

Katanya, mereka gembira muziumnya dapat menyumbang kepada proses pemulihan.

Lebih 600 kerangka manusia dipulangkan sejak Muzium Te Papa mengendalikan program menghantar pulang rangka manusia daripada pelbagai institusi pada 2003.-AFP

Media Baharu