fb fb fb fb fb

Taiwan lapor banyak aktiviti ketenteraan China ketika pilihan raya

Miniatur Tentera Laut di hadapan bendera Cina dan Taiwan/REUTERS

TAIPEI, 30 November- Taiwan sekali lagi melaporkan pesawat pejuang dan kapal perang China mengelilingi pulau itu termasuk pesawat melintasi garis tengah Selat Taiwan, ketika Beijing meneruskan aktiviti ketenteraannya menjelang pilihan raya Taiwan pada Januari.

Taiwan yang ditadbir secara demokratik, mendakwa selama empat tahun lalu rondaan dan latihan tentera China kerap dilakukan berhampiran pulau itu.

Taiwan dijadualkan akan mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 13 Januari dan kempen telah bermula. Bagaimanapun hubungan dengan China adalah titik perbalahan utama.

Kementerian pertahanan Taiwan berkata pesawat pejuang J-10 dan J-16 serta helikopter bawaan kapal yang beroperasi di luar tengah Taiwan dan ke barat daya pulau itu telah dikesan.

Sebelas daripada pesawat itu melintasi garis tengah Selat Taiwan, atau kawasan berhampiran, bekerjasama dengan kapal perang China untuk menjalankan "rondaan kesediaan tempur bersama", tambah kementerian itu.

Garis tengah selat itu pernah menjadi penghalang tidak rasmi antara kedua-dua belah pihak, namun pesawat China kerap melintasi ruangan udara itu.

Menurut kementerian itu, Taiwan menghantar pasukannya sendiri untuk memantau keadaan semasa.

Bulan ini, Taiwan telah melaporkan sekurang-kurangnya tiga lagi serangan berskala besar yang serupa oleh tentera udara China, yang belum diulas oleh Beijing.

Menurut China, aktiviti berhampiran Taiwan itu bertujuan untuk mencegah "pakatan sulit" antara pemisah Taiwan dan Amerika Syarikat, selain bagi melindungi integriti wilayah China.

Kerajaan Taiwan, berulang kali menawarkan rundingan dengan China namun menolak tuntutan kedaulatan Beijing dan berkata hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.

Satu tinjauan pendapat berkata, Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah, telah dikecam oleh Beijing sebagai pemisah kerana dia adalah pendahulu untuk menjadi presiden Taiwan seterusnya.

Parti pembangkang utama Taiwan, Kuomintang, secara tradisinya menyokong hubungan rapat dengan Beijing, dan telah berjanji untuk membuka semula dialog dengan China sekiranya parti itu memenangi pilihan raya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI