fb fb fb fb fb

Sepuluh cedera dalam serangan Rusia di timur Ukraine

Askar Ukraine membawa keranda askar Ukraine/AFP

UKRAINE, 30 November- Ukraine berkata 10 orang termasuk seorang kanak-kanak cedera akibat serangan serentak Rusia ke atas tiga bandar di wilayah timur Donetsk, dengan lima lagi hilang di bawah runtuhan pada Khamis.

Wilayah perindustrian itu menyaksikan beberapa pertempuran dalam pencerobohan hampir dua tahun dengan Rusia.

Menteri Dalam Negeri Ukraine Igor Klymenko berkata, tentera Rusia menembak enam roket S-300 di Pokrovsk, Novogrodivka dan Myrnograd.

"Akibat tembakan itu, 10 orang cedera termasuk empat kanak-kanak. Manakala lima orang lagi hilang di bawah runtuhan," katanya di media sosial.

Di Pokrovsk, Klymenko berkata bayi berusia enam bulan itu cedera bersama kanak-kanak lelaki berusia 13 dan 16 tahun.

"Satu daripada peluru itu meletup di perkarangan rumah yang didiami sebuah keluarga dengan dua anak. Akibat tembakan itu, bumbung dan dinding rumah musnah, dan keluarga itu tertimbus di bawah runtuhan," tambahnya.

Beberapa pertempuran berlaku ini berlaku di timur tiga kampung di bandar Avdiivka.

Tentera Rusia telah mengawal sebahagian besar wilayah Donetsk sejak 2014, apabila protes pro-demokrasi berskala besar di Ukraine membawa kepada konflik pemisah di timur.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI