fb fb fb fb fb

Taiwan keluar amaran, selepas China lancar satelit

Tapak Memorial Sun Yat-Sen di Taipei/REUTERS

TAIPEI, 9 Januari- Pihak berkuasa Taiwan menghantar amaran di seluruh pulau itu pada Selasa dengan mengatakan satelit China berada di ruang udara selatan Taiwan. Pada masa sama media negara China mengesahkan negara itu membuat pelancaran satelit sains.

Mesej ringkas daripada Kementerian Pertahanan Taiwan dihantar selepas pukul 3.00 petang waktu tempatan kepada semua pengguna telefon mudah alih di Taiwan. "Amaran presiden" itu tidak memberikan butiran tambahan.

Agensi berita negara China Xinhua berkata China telah melancarkan "satelit astronomi baharu" iaitu Einstein Probe.

China sebelum ini tidak mengumumkan pelancaran satelit dan tidak menawarkan sebarang butiran mengenai rancangan tersebut.

Amaran itu dibuat ketika Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sedang memberi sidang akhbar menjelang pilihan raya presiden dan Parlimen pada 13 Januari.

"Ini adalah sesuatu yang telah kami hadapi sejak sekian lama. Bagi kerajaan Taiwan, tentera kami bersedia untuk menangani sebarang jenis kecemasan," kata Wu ketika menjawab soalan mengenai satelit dan kemungkinan provokasi tentera China.

Wu memberitahu pemberita berkenaan "satelit yang dibawa oleh roket" itu terbang ke bahagian selatan Taiwan namun perkara itu tidak mempunyai butiran lanjut.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI