fb fb fb fb fb

Taiwan dakwa 21 pesawat China ceroboh ruang udara kali kedua

TAIPEI, 2 Mac - Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara itu dalam tempoh 24 jam lalu, yang disifatkan sebagai kempen tekanan dan gertakan tentera China yang berterusan.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Beijing berkenaan terbang di kawasan pertahanan udaranya buat kali kedua. 

Taiwan mengadu bahawa sejak tiga tahun lalu, peningkatan aktiviti ketenteraan China berhampiran pulau itu semakin ketara, dalam Beijing untuk menegaskan tuntutan kedaulatannya di kepulauan terbabit

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, sebanyak 17 pejuang J-10 dan empat pejuang J-16, terbang ke sudut barat daya zon pengenalan pertahanan udara Taiwan hari ini manakala 19 pesawat dikesan di kawasan sama semalam.

Menurut kementerian itu, J-10, model pejuang lama yang mula beroperasi dua dekad lalu, terbang lebih dekat ke pantai China berbanding Taiwan, manakala J-16, pesawat pejuang yang lebih baru lagi maju, terbang di kawasan di timur laut Taiwan.

Semalam, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan 19 pesawat China terbang di zon pertahanan udara negara itu, disusuli penerbangan 21 pesawat pada hari ini. – REUTERS

(Jet pejuang J-10 ketika membuat persembahan semasa Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China
ke-10 di Zhuhai, wilayah Guangdong 11 November 2014/FOTO REUTERS)

Media Baharu