fb fb fb fb fb

Tahanan Palestin mati dalam tahanan Israel

Foto REUTERS

RAMALLAH, 13 Oktober- Seorang tahanan Palestin maut di hospital Israel, lapor dua pertubuhan Palestin yang memantau keadaan tahanan negara itu.

Bagaimanapun tahanan yang meninggal dunia itu tidak dimaklumkan punca kematian.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin dan Kelab Tahanan Palestin berkata, laporan itu diterima daripada pegawai Israel tentang "kematian tahanan Palestin, Mohammad Munir Moussa di Hospital Soroka di Israel."

Moussa, 37, ditahan oleh Israel sejak April 2023 dan menghidap diabetes sebelum penahanannya dan sehingga kini tiada maklumat mengenai keadaan kematiannya, menurut dua pertubuhan Palestin itu.

Namun tiada komen segera diterima daripada pihak berkuasa Israel yang bertanggungjawab terhadap tahanan Palestin di negara itu.

Israel menahan lebih 9,600 rakyat Palestin termasuk lebih 5,000 yang ditangkap selepas kejadian pada 7 Oktober lepas.

Sementara itu Ketua Suruhanjaya Tahanan Palestin, Qaddura Fares, menuduh Israel dengan "membalas dendam" terhadap tahanan Palestin selepas serangan Hamas.

Menurut pegawai Palestin jumlah tahanan Palestin yang maut dalam tahanan Israel telah meningkat kepada 41 sejak 7 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, 24 adalah dari Gaza.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI