fb fb fb fb fb

Guterres kutuk serangan Israel di Selatan Lubnan

Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres/Foto REUTERS

GENEVA, 14 Oktober- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk serangan tentera Israel di Selatan Lubnan yang mengakibatkan beberapa anggota pengaman UNIFIL, kata jurucakap pertubuhan dunia itu.

Jurucakapnya, Stephane Dujarric, menegaskan bahawa "anggota UNIFIL dan premisnya tidak seharusnya menjadi sasaran".

Beliau turut berkata bahawa serangan terhadap anggota pengaman merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan boleh dianggap sebagai jenayah perang.

"Insiden yang sangat membimbangkan berlaku hari ini apabila pintu masuk pusat kawalan PBB dilanggar secara sengaja oleh kenderaan berperisai IDF," kata Dujarric dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya lima anggota pengaman telah mengalami kecederaan dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika Israel menumpukan serangannya terhadap Hezbollah di selatan Lebanon.

UNIFIL, yang mempunyai sekitar 9,500 anggota dari pelbagai negara dan ditubuhkan selepas pencerobohan Israel ke Lubnan pada tahun 1978, telah menuduh tentera Israel "secara sengaja" melepaskan tembakan ke arah kedudukannya.

Dujarric juga menyeru "semua pihak, termasuk IDF, untuk menghindari sebarang tindakan yang membahayakan anggota pengaman UNFIL.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah meminta Guterres untuk memindahkan anggota pengaman di selatan Lubnan daripada kawasan berbahaya dan mendakwa Hezbollah menggunakan mereka sebagai "perisai manusia".

Namun, UNIFIL menegaskan bahawa mereka enggan meninggalkan kedudukan mereka.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD