fb fb fb fb fb

Iran, Iraq adakan pengebumian Abbas Nilforoushan dan Hassan Nasrallah

Potret Hassan Nasrallah digantung di kawasan runtuhan pinggir selatan Beirut akibat seranagn Israel/ AFP

TEHRAN, 13 Oktober- Iran dan Iraq akan mengadakan pengebumian untuk jeneral Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Abbas Nilforoushan, yang terbunuh dalam serangan udara Israel bersama-sama pemimpin utama Hezbollah Hassan Nasrallah, kata agensi berita The Guards' pada Ahad.

Nilforoushan, terbunuh pada 27 September lalu bersama-sama Nasrallah dalam serangan di selatan Beirut.

IRGC berkata pada Jumaat mayatnya ditemukan dari di pinggir selatan ibu kota Lubnan.

Upacara sembahyang jenazah akan diadakan di Najaf dan Karbala di Iraq pada Isnin sebelum jenazah dibawa ke Iran, Mashhad.

Satu lagi upacara juga akan diadakan di Dataran Imam Hossein Tehran pada Selasa sebelum dikebumikan di kampung halamannya.

Bagaimanapun pada 1 Oktober, Iran melepaskan kira-kira 200 peluru berpandu ke arah Israel sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan Nasrallah, Nilforoushan dan Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI