fb fb fb fb fb

Syria tangkis serangan musuh di Damsyik

Foto REUTERS

DAMSYIK, 9 Februari- Sistem Pertahanan Udara Syria berjaya bertindak balas terhadap serangan musuh berhampiran Damsyik hari ini, lapor agensi berita rasmi SANA.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai serangan berkenaan tidak didedahkan.

Walaupun suspek serangan itu tidak dinyatakan, namun Israel sering kali disebut sebagai musuh dalam laporan media tempatan negara tersebut.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas Syria sejak perang saudara meletus di negara itu bermula pada 2011. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM