NEW YORK, 12 Disember - Syarikat pembuat permainan, Hasbro yang terkenal dengan patung permainan seperti, Transfomers, My Little Ponny dan Monopoly mengumumkan pengurangan hampir 1,000 pekerjaan selepas pengurangan kos pusingan pertama menemui kegagalan.
Syarikat tersebut yang memfailkan tindakan undang-undang dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa berkata 900 pekerjaan akan dihapuskan dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Tindakan pasaran yang kami jangkakan telah terbukti lebih kuat dan berterusan daripada yang dirancang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Chris Cocks dalam memo kepada kakitangan.
"Walaupun kami yakin dengan masa depan Hasbro, persekitaran semasa menuntut kami melakukan lebih banyak lagi pengurangan", kata Cocks.
Hasbro turut mengumumkan pada Januari bahawa ia akan mengurangkan kira-kira 1,000 pekerjaan di seluruh dunia tahun ini, berikutan jualan yang lebih rendah daripada jangkaan pada musim cuti.
Menerusi laporan tahunan syarikat berkenaan, Hasbro menggajikan kira-kira 6,490 orang pada tahun 2022.
Pusingan pertama pengecilan saiz dijangka menelan kos AS$94 juta, terutamanya untuk pembayaran pemberhentian dan yang kedua diumumkan pada hari Isnin dijangka menelan kos sekitar AS$40 juta.
Hasbro mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$171 juta pada suku ketiga, terutamanya disebabkan penurunan mendadak dalam aktiviti dalam perniagaan terasnya iaitu mainan dan permainan tradisional.
Setahun sebelumnya, Hasbro telah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$129 juta.
Dalam dagangan selepas penutupan Bursa Saham New York, saham Hasbro turun 4.89 peratus.-AFP