fb fb fb fb fb

Syarikat Jepun 'gantung' perjalanan di Laut Merah

Kapal Galaxy Leader yang dikaitkan dengan Isreali dirampas oleh Houthi pada 19 November lalu/AFP

TOKYO, 17 Januari- Firma perkapalan utama dari Jepun, Nippon Yusen menggantung semua perjalanannya di Laut Merah susulan serangan daripada kumpulan Houthi ke atas kapal sekutu Israel atau yang menuju ke negara haram itu.

Keputusan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan anak kapal, ujar jurucakap Nippon Yusen.

Situasi di Laut Merah semakin meruncing apabila tentera Amerika Syarikat dan United Kingdom melakukan pengeboman sejak Jumaat lalu yang menyasarkan Houthi di Yaman.

Ia didakwa sebagai tindak balas ke atas Houthi yang menegaskan mereka menyerang perkapalan berkaitan Israel sebagai solidariti kepada Gaza.

Laut Merah adalah aluan utama antara pasaran Asia dan Eropah, biasanya membawa kira-kira 12 peratus daripada perdagangan maritim global. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA