fb fb fb fb fb

Bas masuk parit, sembilan maut dan 30 cedera di selatan Turkiye

FOTO REUTERS

MERSIN, 17 Januari- Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 30 lagi cedera termasuk 13 daripadanya parah apabila sebuah bas penumpang terbabas ke dalam parit di selatan Turkiye, semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 1.15 pagi waktu tempatan di daerah Aydincik dekat sini ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke wilayah Mardin dari daerah Marmaris, barat Mugla.

Ia terbabas berhampiran susur keluar Terowong Sariyar di lebuh raya D-400.

Kemalangan itu berjaya dirakam menerusi kamera lebuh raya.

Video tersebut menunjukkan bas terbabit menghampiri selekoh pada kelajuan tinggi sebelum melanggar penghadang jalan dan jatuh ke dalam parit.

Operasi menyelamat melibatkan anggota bomba dan pasukan kesihatan yang bergegas membawa mangsa ke hospital menggunakan ambulans. -Reuters

1701 BD TURKIYE KEMALANGAN MAUT 2

FOTO REUTERS

SITI AISHAH BINTI MD ISA