BRUSSELS, 28 April- Kesatuan Eropah (EU) mengecam keputusan Mahkamah Junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah.
Ia disifatkan sebagai perbicaraan bermotifkan politik.
Tindakan itu secara terang-terangan membelakangkan prinsip kedaulatan undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia.
Kenyataan EU memaklumkan, prosiding itu adalah percubaan jelas untuk mengecualikan pemimpin yang dipilih secara demokratik, termasuk Suu Kyi, daripada proses dialog yang digesa blok serantau ASEAN.
(Suu Kyi (kiri) ketika dibicarakan di Mahkamah Junta Mynmar/AFP)
EU sekali lagi mendesak agar Suu Kyi dan tahanan politik segera dibebaskan, tanpa syarat.
Suu Kyi berada dalam tahanan tentera yang menggulingkan kerajaan menerusi rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.
Pemenang Anugerah Nobel itu didakwa atas 18-tuduhan yang memperuntukan penjara hampir 190-tahun jika didapati bersalah. -AFP