fb fb fb fb fb

Lapangan terbang Brazil terbakar

GUARULHOS, 28 April- Sebuah gudang berdekatan lapangan terbang terbesar di Brazil, terbakar.

Kejadian dilaporkan berlaku malam tadi.

Video yang dikeluarkan pihak bomba Brazil menunjukkan api besar dan asap tebal di gudang barangan keperluan rumah itu.

Ia merebak hingga ke bangunan komersial dan kediaman penduduk, tidak jauh dari lapangan terbang Guarulhos.

(FOTO BOMBA Brazil)

Setakat ini, hanya seorang ind ividu dilapor dibawa ke hospital kerana sesak nafas.

Jumlah individu terjejas dijangka meningkat.

Punca kejadian masih disiasat. -AFP

Media Baharu