fb fb fb fb fb

Empat maut dalam insiden tembakan di AS

MISSISSIPPI, 28 April- Empat maut dalam dua kejadian tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian di sebuah motel, tiga mangsa terbunuh selepas ditembak oleh penyerang dikenali Alexander Reynolds.

Suspek yang berusia 32 tahun itu turut dilaporkan terbunuh.

(Pihak berkuasa Mississippi sedang berkawal di lokasi kejadian. -AFP)

Seorang saksi memberitahu, mangsa yang maut adalah pemilik motel, pekerja dan tetamu.

Menurut anak perempuan pekerja motel berkenaan, kejadian berlaku akibat pertengkaran mengenai duit antara penyerang dengan mangsa.

Penyerang kemudian melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan menembak seorang lagi mangsa di Gulfport.

William Waltman, kakitangan Gulfport berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. -AFP

Media Baharu