fb fb fb fb fb

Juruterbang merokok punca pesawat Egypt Air terbakar, korbankan 66 nyawa

KAHERAH, 28 April- Fakta terbaharu didedahkan berhubung tragedi pesawat Egypt Air yang terhempas pada 2016.

Nahas yang membunuh 66 penumpang dan kru disebabkan juruterbangnya merokok di dalam kokpit.

Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis untuk Keselamatan Penerbangan Awam (BEA), menyimpulkan, tindakan juruterbang, Mohamed Said Shoukair yang merokok.

Perbuatan tersebut menyebabkan tercetus kebakaran dalam pesawat selepas berlaku kebocoran topeng oksigen di dalam kokpit.

(Juruterbang, Mohamed Said Shoukair didapati merokok di dalam kokpit. - Sumber Twitter)

Dalam kejadian 19 Mei 2016 itu, pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir.

Malangnya, pesawat berkenaan terhempas di antara Kepulauan Cretan, Greece dan utara Mesir.

Tragedi itu menyebabkan 56 penumpang dan 10 anak kapal terbunuh. -AFP

Media Baharu