fb fb fb fb fb

Bilawal Bhutto-Zardari dilantik Menteri Luar baharu Pakistan

ISLAMABAD, 28 April- Ketua Parti Rakyat Pakistan (PPP) Bilawal Bhutto-Zardari dilantik Menteri Luar baharu Pakistan.

Anak lelaki bekas Presiden Pakistan, Asif Ali Zadri dab Perdana Menteri Benazir Bhutto mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden, Arif Alvi bagi menyertai barisan Kabinet diterajui Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.

Sementara itu, seorang lagi anggota PPP, Hina Rabban Khar dilantik timbalan menteri hal ehwal luar.

(Ketua Parti Rakyat Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari. -AFP)

Bilawal, 33 tahun, pertama kali dipilih menganggotai Dewan Rakyat pada 2018.

Beliau meneruskan legasi politik Zulfikar Ali Bhutto, pengasas PPP yang pernah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri Pakistan sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 1977 serta dihukum bunuh dua tahun kemudian berhubung kes pembunuhan ahli politik. -AFP

Media Baharu