fb fb fb fb fb

Suspek utama pembunuhan Presiden Moise didakwa di Mahkamah AS

FOTO AFP

MIAMI, 5 Januari- Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengemukakan pertuduhan terhadap suspek kes bunuh Presiden Haiti, Jovenel Moise pada Julai lalu.

Kenyaatan Jabatan Kehakiman AS menyebut, lelaki berumur 43 tahun dikenali sebagai Mario Palacios, pesara tentera antara mereka yang terlibat dalam komplot menculik dan membunuh Presiden Haiti.

Palacios ditahan di Lapangan Terbang Panama lewat Isnin lalu dan dibawa ke Miami sebagai sebahagian perjanjian ekstradisi sukarela.

Jika didapati bersalah, Palacios akan berdepan hukuman penjara seumur hidup. Dia telah direman dan akan didakwa di Mahkamah Miami pada Selasa waktu tempatan.

Pendakwaraya Amerika Syarikat berkata komplot terhadap Moise pada awalnya adalah untuk menculik presiden sebagai sebahagian daripada operasi tangkapan, namun bertukar kepada komplot pembunuhan.

Pada 7 Julai 2021, Palacios dan beberapa individu lain memasuki kediaman presiden di Haiti dengan niat atau tujuan untuk membunuh Presiden Moise.

Kalangan suspek terlibat dalam komplot pembunuhan itu, 20 warga Colombia dan sekumpulan individu dua kerakyatan Haiti-AS yang berpangkalan di Haiti, menurut kenyataan tersebut.

Moise ditembak mati pada 7 Julai lalu di kediamannya di Port-au-Prince.

Dalam insiden itu, 3 warga Colombia ditembak pasukan bersenjata Haiti sebagai tindak balas serangan dan 18 lagi ditahan termasuk dua warga AS berketuruan Haiti. - AFP

Media Baharu