fb fb fb fb fb

Israel setuju bebaskan tahanan selepas 141 hari mogok lapar

FOTO REUTERS 

DURA, 5 Januari- Seorang tahanan warga Palestin menamatkan mogok lapar yang berlarutan hampir lima bulan selepas Israel bersetuju untuk tidak melanjutkan penahanannya.

Perkara itu dilaporkan oleh keluarga Hisham dan pegawai Palestin.

Hisham Abu Hawash, 40 tahun, ditahan Israel pada Oktober 2020 dan mula melakukan mogok lapar sebagai protes tahanan tanpa bicara yang dibuat ke atasnya.

Pegawai keselamatan Israel menyatakan, Hisham ditahan kerana penglibatannya dalam aktiviti keganasan.

Hisham dimasukkan ke hospital pada Disember.

Pasukan Jihad Islam mengancam akan melancarkan serangan terhadap Israel jika dia meninggal dunia.

Ancaman itu meningkatkan kebimbangan berlakunya keganasan terbaharu selepas perang sebelas hari pada Mei antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza.

Peguam Hisham berkata, Israel bersetuju untuk tidak melanjutkan tempoh tahanannya selepas 26 Februari.

Ribuan penyokong berkumpul di luar rumah Hisham di Tebing Barat untuk meraikannya. - REUTERS

Media Baharu