fb fb fb fb fb

Rakyat protes kenaikan harga bahan api, Presiden Kazakhstan isytihar darurat.

FOTO REUTERS


ALMATY, 5 Januari - Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan darurat di bandar terbesar Almaty dan wilayah barat yang kaya dengan minyak, selepas ribuan rakyatnya melakukan protes besar-besaran.

Almaty, berada dalam keadaan huru-hara sejak semalam, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk meredakan kekacauan berhubung kenaikan harga Gas Petroleum Cecair (LPG).

Tokayev menandatangani perintah mengenai keadaan darurat di Almaty dan wilayah barat Mangystau yang kaya dengan hidrokarbon berkuat kuasa hari ini hingga 19 Januari.

Perintah berkurung akan dilaksanakan di kedua-dua wilayah dari 11 malam hingga 7 pagi.

Di Almaty, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap ribuan peserta perhimpunan selepas perarakan membantah isu harga minyak menjadi di luar kawalan.

5,000 peserta perhimpunan enggan beredar melaungkan slogan anti-kerajaan dan kadang kala menyerang kenderaan.

Aplikasi seperti Telegram, Signal dan WhatsApp gagal berfungsi, apabila ribuan berhimpun bagi menyatakan bantahan.

Perhimpunan sama turut diadakan di beberapa bandar kecil di Kazakhstan sejak Ahad. -REUTERS

Media Baharu