FOTO AFP
SEOUL, 5 Januari- Korea utara dipercayai melancarkan peluru berpandu ke laut; menurut laporan tentera Korea Selatan dan pengawal pantai Jepun, pertama seumpamanya oleh Pyongyang pada tahun ini.
Dalam tempoh sedekad, pemimpin utama Kim Jong Un berkusaa, Korea Utara dilihat terus memajukan teknologi tenteranya meskipun berdepan sekatan antrabangsa.
“Peluru tidak dikenali telah dilepaskan ke laut di timur Semenanjung,” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan, tanpa memberi perincian lanjut.
Pengawal pantai Jepun pula berkata, mereka mengesan apa yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik dilancarkan dari Korea Utara, memberi amaran kepada kapal agar tidak mendekati sebarang objek mencurigakan.
Minggu lalu, Kim dalam ucapan tahun baharunya berkata Pyongyang akan meneruskan usaha memajukan kemampuan tentera meskipun berdepan kesukaran ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Pada 2021, Korea Utara yang memiliki senjata nuklear berkata mereka telah berjaya menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh jenis baharu yang dilancarkan dari kapal selam yang disebut peledak hipersonik.
Peluru berpandu jenis itu boleh bergerak laju dan lincah berbanding jenis lama, menjadikan ia sukar dipintas sistem pertahanan peluru berpandu yang amat dibimbangi Amerika Syarikat.
Dialog berkaitan isu itu antara Washington dan Pyongyang ketika ini masih terhenti selepas kegagalan rundingan antara Kim Jong Un dan Presiden Donald Trump pada 2019.
Bawah pentadbiran Joe Biden, Amerika Syarikat sudah berulang kali menyatakan kemahuan mereka bertemu wakil pemimpin Korea Utara apabila berkata mengenai usaha perlucutan senjata nuklear.
Namun setakat ini Pyongyang menolak tawaran, mengatakan Washington mengamalkan dasar “bermusuhan”.
Semasa mesyuarat akhir bersama Parti Pekerja minggu lalu, Kim hanya menyatakan usaha kerajaan untuk memperkasa aspek pertahanan tanpa menyebut penglibatan Amerika Syarikat. - AFP